Quicklists
About Us


UTMLenses adalah sistem simpanan berpusat bagi gambar dan video universiti yang di simpan secara lokal oleh UTMDigital dan di uruskan oleh Perpustakaan UTM.  Pada tahun 2019, Perpustakaan UTM telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan satu projek Pengurusan Pengetahuan. Objektif projek ini adalah seperti berikut :


  1. Memperolehi bahan multimedia UTM dari pelbagai sumber dalaman dan luaran;
  2. Memproses dan mengkatalog bahan multimedia bagi mudah diakses;
  3. Menyediakan satu platform bagi storan dan pengaksesan bahan

Projek Perpustakaan UTM ini telah dibentangkan kepada Datuk Naib Cancelor pada April 2019. Pembentangan pelaporan perkembangan projek kepada Datuk Naib Cancelor juga telah diadakan pada bulan Mei dan Oktober 2019. Sehubungan itu, pihak Perpustakaan telah bekerjasama dengan pihak CICT.

Pihak CICT mencadangkan supaya projek KM ini diterima sebagai salah satu KFA Universiti bagi tahun 2020. Aktiviti pengurusan dan pembangunan aplikasi sistem telah dijalankan mulai bulan April 2019 dan masih dilaksanakan sehingga kini. Perpustakaan telah melaksanakan pelbagai pengujian sistem dan perisian aplikasi serta proses konfigurasi bagi mendapatkan sistem dan perisian yang bersesuaian dengan keperluan projek. Sistem telah berjalan dengan sepenuhnya pada sesi pembentangan status projek kepada Datuk Naib Canselor pada Oktober 2019.