Program ini menjemput Pegawai Psikologi Kanan, UTM Kuala Lumpur iaitu Puan Nor Hasrina Binti Mohamad@Sulaiman untuk membuat perkongsian. Menurut beliau, keseimbangan antara kualiti hidup dan kualiti kerja yang baik perlu ada kerana ia akan menghasilkan impak yang baik. Katanya lagi, ilmu dalam membina ‘self control’ amat penting untuk mengelakkan diri mudah melenting yang kesannya akan memalukan diri sendiri. Elak dari sifat marah yang menyebabkan timbulnya konflik dan salah faham. Jauhi orang yang melakukan provokasi kepada diri dengan bangun dan pergi ke tempat lain. Dan kerana itulah, perlunya kita mewujudkan persekitaran yang baik dan cakna dengan apa jua yang berlaku di sekeliling.

You may also like

Page 10 of 22