Penyampai 1: Puan Siti Adilah Mohamad
Melalui buku ‘Sekati Gandum Secubit Garam’ ditulis oleh Abdul Wahab Paloh Nyior ini dapatlah kita fahami bahawa adab itu perlu dimiliki oleh semua orang. Tidak kira samada orang itu berilmu banyak mahupun sedikit. Buku ini juga membantu kita memupuk semula adab yang semakin hilang dibawa arus pemodenan.
Penyampai 2: Puan Zuriana Sudin
Menguruskan keluarga dan dalam masa sama mencari rezeki bukanlah tugasan yang mudah. Apatah lagi cabaran dalam mendidik anak-anak, isteri yang berjauhan dengan suami menyebabkan penat dalam menguruskan hal-hal seharian. Buku ‘Ibu Ayah, Sabarlah’ yang ditulis oleh Hanafi Muinudin dan Ustaz Fadhil Yahya ini mampu memberi ibu dan ayah motivasi dalam menguruskan dugaan dan ujian dariNya….

You may also like

Page 2 of 22