Penyampai 1: Nithiyaa A/P Rajan
Penat? Lelah? Tertekan? Berdepan berdepan dengan pelbagai ragam manusia yang ada disekeliling kita yang mempunyai pelbagai emosi adalah satu cabaran yang terbesar. Namun ini adalah sesuatu yang tetap berlaku dan tidak dapat dielakkan. Buku Susahnya Hidup Dengan Manusia yang ditulis oleh Akif Basri & Asim Hatta mampu membantu kita mewujudkan komunikasi yang efektif dalam mendepani kepelbagaian ragam manusia di sekeliling kita.
Penyampai 2: Ammar Shafiq Bin Shaari
Adakalanya, orang yang banyak bercakap ini tidak semestinya betul..tapi mereka sekadar mencari perhatian. Dan adakalanya, orang yang berdiam itu lebih banyak inputnya dari orang yang bercakap. Oleh itu, bagi orang yang mendengar, dengarlah dengan hati yang terbuka. Buku Tao Te Ching Lao Tzu, yang diterjemahkan oleh Hazman Baharom mampu membantu anda menjadi pendengar yang bijak dalam menilai percakapan seseorang.